jobs from my.neuvoo.com

06 Mei, 2016

(Foto) Mayat pertama nahas helikopter dipercayai Noriah dijumpai

BATANG LUPAR 6 Mei - Pasukan mencari dan menyelamat helikopter yang dilaporkan hilang di Sebuyau di sini, petang semalam, berjaya menemukan mayat seorang daripada enam mangsa yang dilaporkan terlibat dalam nahas tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, mayat seorang wanita itu dijumpai di tebing sungai oleh pasukannya pada pukul 12 tengah hari ini.

“Pihak bomba menemukan mangsa pertama iaitu seorang wanita tidak jauh dari lokasi serpihan pesawat dijumpai.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Klinik Kesihatan Sebuyau di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Farhan Sufyan walau bagaimanapun tidak mengesahkan bahawa mayat ditemukan itu adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Namun, dipercayai mangsa adalah Noriah, memandangkan hanya beliau penumpang wanita menaiki helikopter berkenaan semasa kejadian. - UTUSAN ONLINE


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/mayat-pertama-nahas-helikopter-dipercayai-noriah-dijumpai-1.318994#sthash.t7WWUO3x.dpuf


EmoticonEmoticon