jobs from my.neuvoo.com

18 Mei, 2016

Naya dibogel 'bakal majikan'

DUA suspek dikenali sebagai Nikkie Tan dan Brenda Tan diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan kes rakam gambar bogel tiga wanita.
KUALA LUMPUR 16 Mei – Bukan sahaja terpedaya dengan iklan cari kerja malah tiga wanita turut dipukul dan dipaksa merakam gambar bogel di Fortune Perdana, Kepong di sini pada 8 Mei lalu.

Mereka yang berumur antara 28 hingga 33 tahun itu dikatakan memohon kerja yang diiklankan di dalam akhbar tempatan.

Malah, jika mendapat kerja me­nguruskan perniagaan online itu, mereka turut menikmati kemudahan tempat tinggal secara percuma.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kesemua mangsa ber­asal dari Ipoh, Perak dan Kepong itu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian selepas beberapa hari diambil bekerja.

Sehubungan itu, ujarnya, dua individu yang dikenali sebagai Nikkie Tan dan Brenda Tan yang dipercayai majikan mangsa terbabit diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.



“Berdasarkan maklumat, ke­dua­-dua suspek menjalankan perniagaan jual beli atas talian.

“Kita telah menjejaki kedua-dua suspek menerusi satu unit premis yang disewa, tetapi maklumat mendapati kad pengenalan yang digunakan suspek adalah palsu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Munusamy, mangsa mendakwa dipukul suspek sele­pas dituduh mencuri duit syarikat sebanyak RM18,000.

Tambahnya, kes disiasat di ba­wah Seksyen 324 Kanun Kesek­saan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.


EmoticonEmoticon