jobs from my.neuvoo.com

05 Mei, 2016

Pelajar 15 tahun maut selepas diperkosa tiga belas remaja lelaki

Sekadar foto hiasan
Polis Rejanglebong, Wilayah Bengkulu telah menahan 12 daripada 13 suspek rogol dan bunuh seorang pelajar sekolah menengah di daerah Padang Ulak Slam pada Sabtu yang lalu. Pegawai polis, Superintenden Dirmanto berkata, suspek yang ditahan terlibat dalam kes bunuh dan rogol Yuyun, pelajar SMPN 5 Padang Ulak Slam yang tinggal Dusun V Desa Kasie Kasubun.

"Daripada 12 suspek yang ditahan, 6 daripadanya masih di bawah umur. Dua daripada mereka masih disekolah rendah, sementara enam lagi adalah remaja. Suspek dipercayai melakukan perkara keji tersebut selepas mabuk akibat minum minuman keras," kata Dirminto ketika sidang media.

Kejadian tersebut juga berlaku secara berkumpulan. Masih terdapat seorang lagi suspek yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.

Salah seorang suspek yang ditahan dipercayai pelajar senior kepada mangsa. Beliau juga berasalah dari kampung yang sama.
Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh suspek, Dirminto berkata, kejadian rogol itu bermula apabila 4 orang suspek membeli minuman keras. Selepas mereka mabuk, suspek bertemu dengan mangsa yang baru pulang daripada sekolah. Susoek kemudiannya menarik mangsa ke dalam kebun berdekatan dengan tangannya diikat. Mangsa kemudian diperkosa bergilir-gilir oleh tiga belas lagi suspek.

Kejadian rogol itu bertambah keji apabila mangsa yang telah pun meninggal dunia, diperkosa sekali lagi oleh semua suspek. Selepas melepaskan nafsu masing-masing, mayat mangsa ditutupi dengan daun dan semua suspek pulang ke rumah masing-masing.

Mayat mangsa yang hampir reput hanya ditemui oleh penduduk kampug pada hari Isnin.

Merdeka.com


EmoticonEmoticon