jobs from my.neuvoo.com

02 Mei, 2016

Rakan penyanyi mati dibunuh di Vietnam masih hidup

SEORANG lelaki yang dikehendaki polis susulan kes bunuh seorang rakyat Malaysia di bilik hotel Ho Chi Minh pada 28 April lalu, telah tampil untuk membantu siasatan.

Mohamad Zulfaeez Khalid, 31, yang merupakan rakan sebilik kepada mangsa, Mohd Azhar Abdull Wahab, 33, dilaporkan hadir ke Balai Polis Chiang Mai untuk memberi keterangan.

“Assalamualaikum semua kawan-kawan dan rakyat Malaysia. Saya Mohamad Zulfaeez bin Khalid sekarang berada di Balai Polis Chiang Mai dengan Selamat.

“Apa-apa informasi boleh hubungi Mr Roger Dennerley, foreigner police officer in Chiang Mai 66 850 200 100. Sekarang tengah menunggu respond dari Kedutaan Malaysia.

“Segala bantuan amat dihargai. Semoga segala urusan dipermudahkan. Al-fatihah buat sahabat aku Mohamad Azhar bin Abdull Wahab @ Are Disorder Up The Punk!!” tulisnya di laman Facebook, seperti yang dipetik dari portal Pixelperfext.

Mohd Azhar yang merupakan vokalis kumpulan punk Svatantrata ditemui meninggal dunia pada jam 7 malam oleh pekerja hotel yang terpaksa merempuh pintu bilik tersebut selepas mangsa tidak menyahut ketukan dari luar.

Keadaan mangsa dilaporkan mempunyai kesan kelar pada kepala dan bahu, serta terdapat kesan darah pada lantai hotel.

Terdahulu, pihak media tempatan Vietnam mendakwa, Zulfaeez disyaki terlibat dalam kes tersebut berikutan kehilangannya selepas kes terbabit. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon