jobs from my.neuvoo.com

17 Mei, 2016

Suami isteri rakam gambar bogel pekerja wanita di Kepong

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan suami isteri yang didakwa memukul tiga pekerja mereka di sebuah hostel di Fortune Perdana, Kepong, pada 8 Mei lalu, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kedua-dua suspek itu menjalankan perniagaan dalam talian, menghilangkan diri selepas kejadian.

"Polis menerima laporan daripada seorang wanita, pekerja suspek berusia 28 tahun pada 9 Mei lalu, mendakwa dia dan dua rakan sekerja wanita dipukul majikan mereka menggunakan kayu sehingga cedera.
"Suspek turut didakwa bertindak kejam dengan merakam gambar bogel mangsa dipercayai untuk dieksploitasi," katanya di sini, hari ini.

Munusamy berkata pasangan suami isteri itu dikatakan memukul ketiga-tiga mangsa kerana menuduh mereka mencuri wang syarikat sebanyak RM18,000.

Beliau meminta kedua-dua suspek tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


EmoticonEmoticon