jobs from my.neuvoo.com

17 Mei, 2016

(Video) Cerpen Lucah Cikgu Suraya Diadaptasi Ke Filem, Penonton Mahukan Adegan Seks


Biar betul? Itulah reaksi kami apabila mendapat tahu bahawa trailer untuk filem adaptasi cerpen seks, Cikgu Suraya yang popular sekitar 2000-an itu kini sudah menjadi bahan viral di laman sosial.

Trailer filem ini nampaknya telah membangkitkan rasa ingin tahu yang membuak-buak di kalangan penonton yang rata-ratanya mencapai akil baligh pada ketika itu.

Namun, kebanyakan penonton kecewa apabila tiada adegan seks dimainkan dalam trailer filem tersebut seperti mana yang diceritakan dalam cerpen. Malah, kami pasti ia tidak akan menjadi kenyataan kerana melanggar syarat Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Sinopsis Filem Cikgu Suraya:

Adaptasi dari cerpen romantik cult, ia mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah, Amir yang kekempisan tayar basikal ketika hujan lalu meminjam pam dan segitiga emas dari guru kesayangannya, Cikgu Suraya. Peminjaman pam itu telah mengajarnya erti sebuah kehidupan.

Dilakonkan oleh Ashraf Zamani dan Sofia Lee Abdullah, penonton juga agak ‘frust’ apabila watak Cikgu Suraya tidak secantik seperti yang digambarkan.

Melihat daripada sudut yang lain, ada juga yang tidak menyokong tindakan Tengku Umar untuk memfilemkan cerpen ala-ala ’50 Shades of Gray’ versi Melayu ini dan mengatakan bahawa ia akan menggalakkan lagi masalah sosial di kalangan remaja.

Hurm.. kami pun sangat curious dengan jalan cerita yang akan dibawakan dalam filem ini. Takpelah, kita tunggu sahaja filem ini ditayangkan di pawagam nanti ya?


EmoticonEmoticon