jobs from my.neuvoo.com

19 Mei, 2016

Wanita jual tubuh sambil bawa anak kecil di Kota Bharu


KOTA BHARU 18 Mei - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membongkar kegiatan tidak bermoral seorang janda yang aktif dalam pelacuran sambil membawa anak kecil dalam operasi di Jalan Hamzah, di sini semalam.

Wanita berumur 23 tahun itu membawa anak lelakinya yang berusia lingkungan setahun lebih bagi mengaburi pihak berkuasa.

Dia dicekup selepas menawarkan perkhidmatan kepada anggota penguat kuasa MPKB-BRI yang menyamar sebagai orang awam.

Setiausaha MPKB-BRI, Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata, operasi bersepadu itu dilakukan selama lima jam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi dan disertai 15 anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan serta pegawai Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JHEIK).

“Hasil penyamaran anggota kita telah berjaya mencekup janda terbabit yang menjadikan aktiviti tidak bermoral ini sebagai sumber pendapatan bagi menyara anaknya.


jobs from my.neuvoo.com
“Sebelum mencekup suspek, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang dipercayai bapa ayam cuba mengatur pertemuan dengan orang kita yang menyamar. Dia menawarkan khidmat wanita itu pada harga RM120 untuk satu pusingan,” katanya ketika ditemui di pejabat MPKB-BRI di sini hari ini.

Menurut Nik Mohamed Noor, selepas bertemu dan bayaran dipersetujui kedua-dua pihak, wanita itu kemudian dibawa ke hotel bajet berhampiran sebelum diberkas dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, seorang pondan berusia 30 tahun turut diberkas selepas terlibat dalam aktiviti songsang termasuk menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran serendah RM60.

Pada 15 April lalu, akhbar ini melaporkan kewujudan pelacuran berkonsepkan 'mobile' di bandar ini dengan modus operandi bertemu di satu lokasi sebelum bergerak ke lokasi lain

Difahamkan, kegiatan tersebut tidak memerlukan premis tertentu kerana kedua-dua pihak iaitu pelacur dan pelanggan hanya berhubung menerusi telefon bimbit.
Selepas mencapai kata sepakat, pelanggan boleh menghubungi pelacur yang diinginkan dan mengambil mereka di sesuatu lokasi yang dijanjikan sebelum beredar dan melempiaskan nafsu di tempat lain. - UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon