jobs from my.neuvoo.com

17 Mei, 2016

Wanita lahir anak dalam bas ekspres di LPT

FOTO IHSAN PEMBACA
TEMERLOH: Seorang penumpang wanita berusia lingkungan 20-an melahirkan seorang bayi perempuan dalam sebuah bas ekspres di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Lanchang, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi tadi. Difahamkan, wanita itu menaiki bas berkenaan bersama seorang rakannya untuk berjumpa suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur.

Pemandu bas berkenaan, Mohd Zaidi Yusoff, 37, berkata, bas berkenaan bertolak dari Terminal Sentral Kuantan menuju ke Kuala Lumpur jam 7.45 pagi.

Beliau berkata, sebaik tiba di kawasan Lanchang dia dimaklumkan ada seorang penumpang wanita sakit dan dia kemudiannya memberhentikan kenderaannya di tepi lebuh raya berkenaan bagi melihat keadaan wanita berkenaan.
"Wanita berkenaan memberitahu perutnya sakit seperti mahu bersalin dan saya mengambil bantal untuk untuk dialaskan di kepalanya dan tidak sampai lima minit wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan sambil dibantu beberapa penumpang yang lain," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Mohd Zaidi kemudiannya meneruskan perjalanan hingga ke hentian Rawat dan Rehat (RnR) Lanchang sebelum ambulans tiba dan membawa ibu serta bayi itu untuk menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/154249


EmoticonEmoticon