jobs from my.neuvoo.com

29 Jun, 2016

Anak artis wanita kena tangkap bersama ganja

KUALA LUMPUR: Anak lelaki kepada seorang pelakon veteran wanita ditahan selepas polis menemui lebih sekilogram dadah jenis ganja di sebuah kediaman mewah di Persiaran Syed Putra, di sini, awal pagi tadi.

Sumber polis memberitahu, dalam serbuan kira-kira 7 pagi itu, polis menemui dadah di dalam sebuah beg silang yang disimpan di salah sebuah bilik di kediaman berkenaan.

Difahamkan, suspek yang berusia 22 tahun itu ditahan di Petaling Jaya sebelum soal siasat ke atasnya membawa kepada penemuan dadah berkenaan.

"Dua ketulan mampat dipercayai ganja seberat 1.03 kilogram ditemui dalam beg silang berkenaan.

"Suspek mengaku membeli dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM2,000 itu daripada seorang pengedar di Shah Alam," kata sumber.

Menurut sumber lagi, ujian saringan air kencing ke atas suspek yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah sejak berusia 18 tahun itu, didapati positif ganja.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Sementara itu, pelakon wanita veteran yang popular ketika era 80-an itu enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu.

Beliau ketika dihubungi BH Online meminta semua pihak menghormati privasinya memandangkan keadaan suaminya menghidap penyakit strok tahap serius.

"Saya tak mahu bercakap mengenai perkara itu, diharap semua pihak memahami situasi saya terutama suami mempunyai kesihatan yang tidak mengizinkan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/169361?m=1


EmoticonEmoticon