jobs from my.neuvoo.com

14 Jun, 2016

Berita Palsu Peluk Islam, Acappan Lapor Polis

PELAKON dan pelawak Acapan telah membuat satu laporan polis tengah hari semalam kerana penyebaran video dan gambar yang mengatakan dia sudah memeluk Islam, lapor Harian Metro.

Walau bagaimanapun, selepas viral berita tersebut, Acappan telah membuat penafian tentang perkara tersebut dan membuat laporan polis di Balai Petaling, Jalan Klang Lama.

Acappan dikatakan telah memeluk islam di surau Jenderam Hilir, Sepang dan memilih nama Muhammad Ramadhan kerana memeluk islam pada bulan Ramadan.

Acappan atau nama sebenarnya R Samynathan mengakui terkejut dengan perkara tersebut dan dia tidak menyangka kunjungannya ke surau berkenaan menjadi viral di media sosial.

Tambahnya, dia berada di surau tersebut kerana menghormati jemputan berbuka puasa yang diterima olehnya daripada beberapa orang sahabat. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon