jobs from my.neuvoo.com

21 Jun, 2016

Calon PKR Pilihanraya Negeri Ditembak Mati

Calon PKR bagi pilihan raya negeri Sarawak, Bill Kayong ditembak mati di Miri pagi tadi.

Bill bertanding di kerusi Bekenu pada pilihan raya 7 Mei lalu tetapi kalah kepada calon BN Rosey Yunus.

Menurut PKR dalam satu kenyataan pagi ini, beliau ditembak mati di lampu isyarat Jalan Kuala Baram berhampiran sebuah pasar raya Emart One-Stop kira-kira jam 9 pagi tadi.

Bill yang juga adalah setiausaha politik kepada Dr Michael Teoh, ahli parlimen Miri dipercayai ditembak dari jarak dekat menembusi cermin kanan di sebelah pemandu kereta jenis Toyoto Hilux yang dinaikinya.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya.

Bill dikatakan antara individu dalam PKR yang lantang memperjuangkan hak rakyat pribumi Dayak di utara Sarawak, khususnya berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata parti itu menggesa agar pihak polis memberkas dan membawa mereka yang terlibat dalam jenayah ini ke muka pengadilan.

“PKR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Bill Kayong, semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang cukup besar ini,” katanya.


EmoticonEmoticon