30 Jun, 2016

Harga bahan api untuk Julai 2016 – RON 95, RON 97 dan diesel naik!

Harga bahan api untuk bulan Julai 2016 sudah pun kami terima, dan disahkan harga untuk RON 95, RON 97 dan diesel akan naik bermula esok, 1 Julai 2016. Sebelum ini, harga bahan api kekal tidak berubah sejak April 2016.

Untuk Julai 2016, harga RON 95 dijual pada harga RM1.75 setiap 1 liter (naik 5 sen berbanding Jun 2016), RON 97 dijual pada harga RM2.10 setiap liter (naik 5 sen), diesel dijual pada harga RM1.60 untuk setiap liter (naik 5 sen) dan diesel Euro 5 dijual pada harga RM1.70 (naik 5 sen).


EmoticonEmoticon