jobs from my.neuvoo.com

27 Jun, 2016

Kabinet Baru: Noh Omar dilantik semula, Husni letak jawatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Noh Omar dilantik Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi.

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula tidak dilantik semula sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana memilih untuk bersara.

Tempat beliau diambil alih oleh Datuk Johari Abdul Ghani.

Najib turut mengumumkan pelantik Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Datuk Douglas Unggah Embas.

Pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan pelantikan Datuk Aziz Othman dan Datuk Lee Chee Leong, masing-masing sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Datuk Chua Tee Yong bertukar portfolio kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai timbalan menteri.

Datuk Seri SK Devamany pula dilantik sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri manakala Datuk Henry Sum Agong pula dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

Datuk Nasrun Mansur pula dilantik timbalan menteri perusahaan, perladangan dan komoditi bagi mengambil alih tempat yang arwah Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia ekoran tragedi helikopter awal bulan lepas.


EmoticonEmoticon