jobs from my.neuvoo.com

09 Jun, 2016

Menitik air mata tengok keadaan ibu selepas berkahwin lagi...

Gambar hiasan

“BEBERAPA minggu lalu saya ada terbaca kisah tentang luahan hati seorang anak yang tak suka kalau ibunya kahwin lagi, sedangkan ibunya nak kahwin sangat kerana digula-gulakan oleh jirannya. Kerana tak dibenarkan oleh anak-anak, si ibu merajuk.

“Bila saya baca kisah itu saya teringat tentang kisah ibu saya sendiri. Yang lebih kurang sama ceritanya. Walaupun kami anak-anak tak berapa suka, tetapi kami tak berdaya membantah, sebab ibu termakan pujuk kawan-kawannya yang sering ke surau. Kata mereka inilah masanya ibu boleh mencari keberkataan hidup di dunia dan di akhirat.’’ Itu cerita Julihanizah dalam e-melnya.

“Kalau kawan surau yang galakkan, tentulah jodohnya orang surau jugalah. Yang kononnya anak-anak calon lelaki tersebut suka sangat kalau ayah mereka kahwin sebab ada orang yang boleh jaga kebajikan ayah mereka yang semakin berumur. Mungkin hari ini ayah mereka boleh berjalan, boleh beli makanan sendiri, esok lusa tak tahu bila usia semakin lanjut, jadi elok sangatlah kalau ayah mereka kahwin.

“Oleh sebab kami berempat beradik dididik oleh ibu dan ayah tak banyak membantah cakap ibu bapa, jadi bila ibu kata dia nak kahwin, adik-adik yang balik ke kampung ketika itu terdiam. Kelu tak terkata-kata. Mereka tak berani bertanya apa lagi membantah. Tetapi bila balik ke rumah masing-masing, mulalah mereka mengadu kepada saya bahawa mereka tak setuju kalau ibu kahwin lagi. Sebab kata mereka lebih banyak masalah daripada baiknya kepada ibu.

“Sebagai anak sulung, saya tanya mereka, mengapa tak tanya ibu lebih khusus tentang calon suami ibu, bila nak kahwin, siapa jalankan dan mengapa ibu setuju nak kahwin lagi. Kata adik-adik saya, sebaik sahaja dengar pandangan ibu, mereka terdiam, kelu, sebab terkejut dengan berita yang mereka dengar keluar daripada mulut ibu, sebab mereka langsung tak sangka ibu yang sudah berusia dekat 60 tahun ingin berkahwin lagi. Sedangkan mereka selama ini berfikir ibu selesa duduk sendirian di rumah.

“Kerana itulah kata-kata ibu setiap kali kami tanya bila jumpa ibu. Malah kami pernah mengajak ibu duduk bersama kali beberapa bulan atau minggu bila ibu terasa bosan duduk sendirian. Sebaliknya ibu kata dia selesa sendirian, dapat ke surau dan ke masjid. Ada ramai kawan dan ibu boleh pergi ke mana saja bila ada peluang mengikut pelawaan kawan termasuklah ikut rombongan melancong di luar dan dalam negeri.

“Jadi kami fikir ibu benar-benar selesa, kami langsung tak sangka setelah tujuh tahun jadi balu, ibu teringin nak kahwin lagi. Kami fikir ini mesti kerana galakan daripada kawan-kawan suraunya atau jiran tetangga. Cerita panas ibu membuat saya segera buat keputusan jumpa ibu, saya bawa bersama adik bongsu yang baru tiga tahun berkahwin dan ada seorang anak.

“Keputusan ibu kami tak dapat tahan lagi, rupanya semuanya sudah dipersetujui, dan majlis telah pun diaturkan untuk mereka. Saya tanya juga siapa calon suami ibu, katanya duda anak lima, tetapi dua orang anak gadisnya masih belum berkahwin dan tinggal dengan ayahnya. Mereka bekerja jadi tak ada masa nak jaga ayah mereka sepeninggalan mereka bekerja.

“Risik punya risik dengan jiran tetangga, akhirnya kami dapat tahu, ibu nak kahwin dengan lelaki tersebut, konon mereka sesuai dan sering ikut bersama kawan-kawan ke masjid, dan ibu pernah tumpang keretanya kerana masjid jauh dari rumah. Tambahan pula ustaz yang datang mengajar pernah datang ke surau mereka. Jadi nak cepat pandailah mereka ikut sampai ke masjid. Bolehlah sambung dan tambah ilmu. Kan itu jalan ke syurga.

“Kami adik-beradik memang tak setuju ibu nak kahwin lagi, tetapi apakan daya, kami memang sukar membantah cakap ibu. Kalau kami beri pandangan ibu akan bantah dan mahu kami ikut pandangan ibu, ibu memang keras dalam membuat keputusan. Namun kami sudah merasakan akan berlaku masalah dalam perkahwinan itu nanti. Kami tak ada masalah kalau suami baru ibu pindah duduk ke rumah ibu, walaupun kami merasa tidak selesa.

“Majlis pernikahan ibu tidak dibuat di rumah, semua berlangsung di masjid. Hinggakan makan minum pun buat di perkarangan masjid. Memang ramai tetamu yang datang, kebanyakannya pasti kaum kerabat kalangan ahli surau dan masjid.

“Di situ baru kami berkenalan dengan anak-anak tiri ibu. Bukan saya saja kata, malah adik-beradik saya juga buat komen, kata mereka anak-anak tiri ibu ‘tak mesra alam’. Mereka lebih banyak berbual dan berkumpul sesama kelompok mereka sahaja. Saya tak nampak di mana kebenaran cerita ibu bahawa anak-anak tiri ibu inilah yang mahukan ayah mereka berkahwin lagi. Terutama kepada dua orang anak bangsunya yang lebih banyak menyendiri.

“Kami mula terfikir macam mana sudahnya dengan perkahwinan ibu ini nanti. Adakah mereka benar-besar suka ayah mereka kahwin lagi, atau perkahwinan ini kerana desakan daripada kawan-kawan yang konon hendak mencari pahala mendirikan masjid.

Tekaan salah

“Mulanya kami fikir lebih baik ibu tinggal di rumahnya sendiri, tidak ada halangan dan lebih memudahkan ibu. Taklah kekok seperti duduk di rumah orang. Tetapi tekaan kami salah, selepas nikah ibu pindah ke rumah suaminya atas permintaan suami dan anak-anaknya konon.

“Maka tinggallah rumah kami tanpa jagaan, ibu cuma pulang sebulan sekali untuk berkemas. Selepas setahun ibu pindah, rumah ditinggalkan sudah hilang serinya. Kami yang balik sesekali terpaksa berkemas membersihkan sawang dan habuk di rumah ibu. Kata ibu dia tak tak ada masa sebab sibuk di rumah suaminya.

“Kalau dulu laman rumah kami berseri dengan pokok dan bunga, kini dah jadi semak. Dan kami terpaksa bersihkan dengan membuang semua pokok bunga tersebut. Pasu-pasu kami susun ketepikan. Memang menyusahkan, tapi apa yang boleh kami katakan jika ibu sendiri harapkan kami balik berkemas.

Lebih tak sedap telinga kami dengar bila ibu kata, rumah itu bukan miliknya lagi, dah jadi pusaka milik anak-anak, maka kamilah kena jaga dan bersihkan. Dulu ibu tak pernah berkata demikian, malah ibu amat sayangkan rumah pusaka ayah, kata ibu rumah itu banyak tinggalkan kenangan indah dalam hidupnya.

“Pada awal perkahwinan memang ibu sering ke masjid dan pernah tiga kali melancong ke luar negeri, kami tahu ibu ada duit sebab ibu terima pencen ayah. Kami cuma bantu beri duit poket untuk ibu berbelanja. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ibu lebih banyak di rumah suaminya, sebab suaminya tak sihat katanya. Ibu pun sebenarnya bukan sihat sangat, sama-sama ada penyakit tiga serangkai. Tetapi ibu tetap kuatkan semangat untuk jaga suaminya.

“Kami jarang melawat ibu di rumah suaminya. Sebab kami tak sanggup tengok ibu sibuk bekerja bersihkan rumah suaminya dan memasak. Satu pekerjaan yang dulu ibu jarang buat ketika tinggal sendirian. Ibu lebih suka beli makanan yang simple sahaja.

“Selepas kahwin ibu terpaksa memasak makanan keluaga suaminya. Tetapi pada pandangan kami bukan makanan kegemaran suaminya, tetapi kemahuan anak-anak yang tinggal sama di rumah tersebut. Kalau hari cuti sekolah kerja ibu semakin bertambah menguruskan cucu-cucu suaminya yang balik bercuti bersama anak-anak tiri ibu. Aduh! Kami tak sangka ibu sanggup lakukan semua itu, sedangkan kami tak tergamak suruh ibu jaga anak-anak kami bila cuti sekolah kalau kami tak balik sama, sebab kami tak mahu bebankan ibu.

“Kalau Hari Raya sibuk ibu semakin bertambah. Bila kami jengok ibu di rumah suaminya, rasa nak menitik air mata. Ibu sibuk melayan tetamu dan anak menantu yang balik ke rumah. Kalau kami datang jengok ibu, kami sanggup duduk sejam saja, sebab kami sedih dengan keadaan ibu yang sibuk di dapur hingga tak terlayan tetamu yang datang silih berganti.

“Kalaupun ada anak menantu tiri yang membantu, mereka lebih banyak ‘pangku tangan’ dengan alasan anak-anak masih kecil dan tidak terlayan tetamu. Jadi ibulah yang terpaksa bergerak ke hulur ke hilir. Untung ibu bukan gemok. Kalau tidak rasanya mungkin ibu dah masuk hospital.

“Kami pernah nasihatkan ibu balik ke rumah sendiri dan ajak suami duduk sama, rumah suami barunya biarkan dua orang anak gadisnya tinggal di rumah tersebut. Mereka tentu suka sebab hidupnya tidak diganggu oleh ayahnya juga ibu tiri lagi.

“Tapi kata ibu, dia selesa duduk rumah suaminya, dan ibu kata dia tidak ada masalah memasak dan berkemas rumah, kerana itu memang sudah lumrah kerja orang perempuan. Tambah ibu lagi dia memang suka buat kerja, sebab bila berpeluh badan jadi sihat.

“Sebenarnya kami anak-anak sedar itu bukan kehendak ibu yang sebenarnya, dulu kata kawan ibu dia mahu berkahwin, sebab calon suaminya ketika itu memang sehaluan dengan ibu, mereka suka berjalan makan angin baik di dalam mahupun di luar negeri. Tetapi kini kawan ibu pun hairan, kenapa mereka tidak melancong seperti dulu, sebaliknya mereka lebih banyak duduk di rumah. Nak kata suaminya sakit tak jugak. Tetapi mengapa?

“Dari kawan-kawan ibu, kami dapat tahu anak-anak tiri ibu tidak berapa suka ayah mereka sering melancong dan berjalan-jalan, ayah dah tua tak selamat memandu kereka jauh-jauh. Kata mereka lagi lebih baik ayah duduk di rumah dan jaga kesihatan. Itu nasihat mereka. Sebab itu ibu pun tak berjalan, sedangkan ibu memang suka berjalan untuk lapangkan fikiran. Kini kami menunggu apa keputusan ibu.

“Kami taklah minta ibu ingkar dan membantah suaminya, tetapi kami tak mahu kesihatan ibu terjejas kerana usianya semakin tua. Inilah sebabnya daripada awal lagi kami membantah rancangan ibu hendak berkahwin lagi, kami tak mahu ibu kecewa, nanti yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.’’

Itu cerita Julihanizah panjang lebar tentang masalah ibunya berkahwin lagi.

1 comments so far

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111


EmoticonEmoticon