22 Jun, 2016

Pelakon Linda Helmi Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Pelakon pada era 90-an, Linda Helmi menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taiping, Perak kira-kira jam 4.30 petang tadi berikutan komplikasi hati.

Al-Marhumah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu disebabkan penyakitnya itu.

Pelakon itu pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-Mimpi.

Kerjaya seninya memuncak apabila drama Spektra yang dibintangi olehnya menduduki rating tinggi dan disiarkan beratus-ratus episod di kaca televisyen.

Al-Marhumah pergi meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu.

Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan akan dikebumikan esok, lapor BH Online.


EmoticonEmoticon