jobs from my.neuvoo.com

28 Jun, 2016

Punca wanita pemilik Axia terbakar di stesen minyak akhirnya didedahkan

Add caption
Kuala Lumpur: Seorang wanita melecur teruk tubuhnya apabila telefon bimbit yang sedang digunakan disambar api ketika dia sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di sini, hari ini.

Kejadian itu berlaku di stesen minyak di Setapak Indah di sini ketika mangsa berusia 25 tahun itu sedang mengisi minyak keretanya sambil menggunakan telefon bimbit.

"Berlaku percikan api daripada pam berkenaan hingga menyambar telefon bimbitnya," kata Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani dalam kenyataan di sini.

Bomba yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.25 tengah hari tadi, menghantar lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat

Wangsa Maju ke lokasi kejadian.

Beliau berkata wanita itu melecur kira-kira 60 peratus pada bahagian badannya dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Semua stesen minyak meletak tanda amaran melarang penggunaan telefon bimbit, terutama ketika mengisi minyak kerana ia boleh mencetuskan kebakaran namun ramai tidak menghiraukannya.


EmoticonEmoticon