17 Jun, 2016

Seks RM50 bulan Ramadhan

Antara wanita warganegara China yang ditahan dalam Ops Noda, kelmarin.
KUALA LUMPUR – Kemuliaan Ramadan dicemari dengan gelagat wanita warga asing berpenampilan seksi mencari pelanggan di kaki lima kedai di Jalan Tun Razak, di sini.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menjalankan enam serbuan di kawasan tersebut, kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 8.45 malam berjaya menahan lapan wanita disyaki pelacur ketika leka mencari pelanggan.

Jurucakap polis berkata, semakan mendapati semua wanita terbabit warganegara China berusia lingkungan 30-an.

“Polis percaya wanita ini mula keluar mencari pelanggan seawal jam 5 petang.

"Dengan penampilan seksi, mereka akan menawarkan khidmat seks dengan harga serendah RM50 sebelum dibawa ke bilik berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ada antara mereka ini bergerak sendiri dan datang ke ibu negara menggunakan pas lawatan sosial.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujudnya agen yang mengaturkan mereka.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 372 B Kanun Keseksaan,” katanya.


EmoticonEmoticon