jobs from my.neuvoo.com

06 Jun, 2016

Suami Mabuk Tak Sedar Bunuh Isteri, Seks Dengan Mayat

SEORANG suami bertindak memukul isterinya sampai mati sebelum mengadakan hubungan seks dengan mayat mangsa, gara-gara telalu marah selepas bergaduh kerana masalah wang.

Susulan itu pemandu beca, Pradeep Sharma ditahan di Delhi pada Jumaat, berikutan penemuan mayat isterinya.

Pihak polis mendedahkan, Pradeep mengakui membunuh isterinya sehari selepas mereka bergaduh kerana menerima notis pengusiran selepas gagal membayar sewa rumah.

Ketika kejadian, Pradeep yang sedang mabuk di rumahnya di Delhi, dikatakan mengambil batu bata lalu memukul muka isterinya selain menghentakkan kepala mangsa ke dinding berkali-kali.

Hindustan Times melaporkan, dia kemudiannya membersihkan wajah isterinya sebelum mengadakan hubungan seks dengan mangsa lantas tertidur.

Pradeep hanya menyedari dia menjadi pembunuh selepas terjaga keesokan harinya. Dia segera melarikan diri sebelum mayat isterinya ditemui tuan rumah.

Jurucakap polis Delhi Pushpendra Kumar berkata, “Dia melarikan telefon bimbit isterinya dan segala barangan yang menunjukkan mereka tinggal bersama. Dia sempat memaklumkan bapanya dia telah membunuh isteri sebelum mematikan telefon bimbit.

“Kami mendapat maklumat dia bersembunyi dekat stesen keretapi Nangloi dan bercadang melarikan diri dari situ. Selepas dua hari mengadakan pemeriksaan tanpa henti dia akhirnya ditemui dan berjaya diberkas.” – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon