jobs from my.neuvoo.com

17 Jun, 2016

Tak pakai baju, tayang puting tengah laut...

DUDA anak satu, Fezrul Khan yang lama menyepi daripada sebarang kisah kontroversi baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping fotonya yang kini berbadan kekar dan sado.

Gambar-gambarnya sedang bercuti di sebuah pulau itu dimuat naik di Instagram miliknya untuk tatapan para peminatnya.

Ternyata penampilan baru pelakon Alif Imani itu diterima positif oleh peminat-peminatnya. Rata-ratanya memuji bentuk badan baharu pelakon pujaan mereka itu.

Seorang peminatnya Shamsiahrahim menulis, “Sado nye bang @fezrulkhan ,aurat bang..by the way.” Manakala seorang lagi berkata, “Perut bentuk love. Tapi cantik,” tulis anakbidayuh.

Difahamkan, Fezrul Khan atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi, 36 bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Noorhafizah Zulkafli, tahun lalu.

Sudah pasti saham Fezrul Khan melambung tinggi selepas ini dan ramai yang cuba untuk memikatnya. Al-maklumlah dah jadi ‘duda hot’. Walau apapun, kami doakan yang terbaik untuk Fezrul Khan. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon