jobs from my.neuvoo.com

17 Julai, 2016

Fatin 'Clever Girl' Nak Telanjang Jika JDT Menang?

Akaun palsu Fatin

Shah Alam: Finalis program realiti Clever Girl Malaysia (CGM) Fatin Nuraisya Mohd Hanipha, 28, menafikan dia memuat naik status akan berlari bogel keliling padang sekiranya pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menang dalam final Piala FA, Sabtu lalu dan mendakwa ia akaun Facebook palsu yang diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.

Fatin yang mewakili Kelantan dalam CGM berkata, akaun Facebook palsu itu mula wujud sejak 1 Mei lalu dan status berkenaan disifatkan paling melampau.

€œAkaun itu hilang selepas peminat membantu membuat aduan di Facebook. Namun seminggu kemudian, ia muncul semula dan menggunakan gambar yang dicuri dari akaun Facebook peribadi saya" katanya yang bertindak membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, baru-baru ini.

Dalam laporan polisnya Fatin berkata, selepas akaun FB palsu itu menjadi viral dia menerima banyak mesej daripada individu tidak dikenali mengancamnya dari segi seksual.

Fatin berkata, akaun palsu itu muncul semula Sabtu lalu membabitkan perlawanan akhir Piala FA di antara pasukan JDT dan PKNS itu dan pengguna Internet mula membuat komen berbaur negatif mengenai status itu.

Menurut Fatin, dia tidak menolak kemungkinan akaun palsu itu dikendalikan individu yang mengenalinya.

Bagaimanapun, dia enggan menuduh sesiapa dan isu terbabit tidak mematahkan semangatnya untuk terus bertanding di pentas akhir CGM, Ahad ini.


EmoticonEmoticon