jobs from my.neuvoo.com

17 Julai, 2016

Haramkan Pokemon Go – Imam

Seorang pemain sanggup berkampung di sebuah pasar ikan semata-mata untuk memburu karakter permainan Pokemon Go di Kuwait City, Kuwait, kelmarin. AFP
ISTANBUL 15 Julai - Sebuah pertubuhan Imam di Turki menggesa pihak berkuasa mengharamkan permainan yang semakin po­pular di seluruh dunia, Pokemon Go yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam.

Sejak 5 Julai lalu, permainan yang dibangunkan oleh syarikat Niantic Labs itu mencetuskan kegilaan dalam kalangan pengguna telefon pintar yang memuat naik aplikasi tersebut untuk ‘memburu’ raksasa digital.

Bagaimanapun Pengerusi Ke­satuan Imam Diyanet-Sen, Mehmet Bayraktutar berkata, permainan itu menjejaskan nilai murni dan kesucian rumah ibadah apabila pemain aplikasi ber­kenaan memasuki masjid semata-mata mencari raksasa berkenaan.

Mehmet berkata, Pokemon Go juga merupakan senjata negara Barat untuk melalaikan orang Islam.

“Saya mengutuk permainan ini dan mahu Pokemon Go diharamkan di Turki,” katanya.

Mehmet mengeluarkan komen itu selepas pihak Muzium Auschwitz di Poland meminta syarikat pembuat permainan video tersebut mengekang pemain daripada mencari raksasa Pokemon di kawasan kem tahanan Nazi bagi menghormati mangsa yang terbunuh.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Turki juga memberi amaran kepada pengguna yang mengabaikan kesihatan diri kerana sanggup mencari makhluk Pokemon itu di waktu tengah hari.

“Jangan keluar pada waktu panas terutamanya pada waktu tengah hari,” jelas kementerian itu menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Facebook. 
– AFP


EmoticonEmoticon