27 Julai, 2016

Keluarga bayar lelaki RM16 - RM19 untuk seks dengan anak gadis

BLANTYRE, Malawi 26 Julai - Polis Malawi menahan seorang lelaki yang dijangkiti virus HIV kerana dibayar untuk mengadakan hubungan seks dengan lebih daripada 100 orang gadis remaja kononnya sebagai ‘ritual’ sebelum mereka menjadi dewasa sepenuhnya.

Eric Aniva, dari selatan daerah Nsanje ditahan selepas membuat pengakuan telah meniduri gadis-gadis itu dengan menerima bayaran antara AS$4 hingga AS$7 (RM16.27 hingga RM28.47) daripada setiap keluarga gadis tersebut.

Malawi merupakan salah sebuah negara yang mencatatkan bilangan kes jangkitan HIV tertinggi di dunia selain kadar jenayah seks dengan pasangan di bawah umur 16 tahun yang tinggi dan jika sabit kesalahan, Aniva berkemungkinan akan dipenjara seumur hidup.-AFP


EmoticonEmoticon