jobs from my.neuvoo.com

27 Julai, 2016

Lelaki Nafi Rogol Ibu Kandung, Akui Cuma 'Mahu Lihat Alat Sulit'

SEORANG lelaki warga Singapura menafikan dakwaan dia cuba merogol dan mencabul kehormatan ibu kandungnya sendiri dalam kejadian tiga tahun lalu.

Memetik laporan The Straits Times, tertuduh, 33, bagaimanapun mengaku menyelak baju tidur ibunya ketika wanita itu sedang tidur kerana mendakwa dia berada dalam keadaan mabuk dan “mahu melihat alat sulit” ibunya.

Dalam kejadian sekitar jam 2.30 pagi pada 4 Oktober 2013, wanita berusia 56 tahun itu dikatakan tersedar dari tidur dan bertanya kepada tertuduh:

“Apa ini, Boy?”, namun (tertuduh) berpura-pura tidak mendengar pertanyaan ibunya dan memaklumkan hanya mahu baring di atas tilam,” tertuduh, yang dikenali dengan panggilan Boy memberitahu mahkamah di Singapura, pada Sabtu.

Pada keesokkan hari, dakwa tertuduh, ibunya bangun dari tidur dan bersarapan dengannya di sebuah kedai kopi berdekatan dengan rumah mereka, dan ia seolah tiada apa yang berlaku.

Tertuduh, yang memberi keterangan pada hari ketujuh perbicaraan sedang berdepan dengan tuduhan merogol, mencabul serta mencabul pada tahap berat.

Ibu tertuduh mendakwa dia secara keras telah baring ke atasnya selepas tertuduh pulang ke rumah kira-kira 2.30 pagi, hari kejadian.

“Saya sanggup bersumpah kepada Tuhan, yang saya tidak melakukannya,” kata tertuduh lagi.

Bercakap dalam bahasa Inggeris, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa ibu dan bapa tirinya telah berpakat dan sengaja membuat tuduhan tersebut, sebagai usaha untuk menghalau dia keluar daripada rumah flat satu bilik yang didiami mereka.

Tertuduh turut mengakui bahawa dia sering pulang dalam keadaan mabuk, bersikap kurang ajar terhadap ibu dan bapa tirinya, suka bermain alat muzik dengan kuat serta menceroboh privasi ibu bapanya.

“Mereka mahu saya berada di dalam penjara, itu lebih baik,” katanya ketika ditanya Peguam Kanan, Harry Elias mengenai motif ibunya membuat tuduhan tersebut ke atasnya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa raya S.Sellakumaran berkata, berdasarkan pengakuan tertuduh sendiri, ibunya yang telah menjemput dia untuk tinggal bersama pada Mac 2013.

“Jika dia tidak mahu kamu berada di rumah itu lagi, dia (ibunya) hanya boleh berkata 'keluar dari rumah'," kata S.Sellakumaran, sebelum tertuduh menjawab:

“Ia suatu yang sukar untuk dia (ibunya) mengarahkan saya untuk keluar dari rumah.”

Tertuduh turut mendakwa bahawa ibunya pernah mengabaikannya sewaktu dia kecil, dimana dia telah dijaga oleh nenek sebelah bapanya dan kemudian dihantar ke rumah kebajikan selama enam tahun.

Tertuduh, ketika berusia 15 tahun mendakwa pernah pergi ke rumah untuk mencari ibunya bagi mendapatkan “perhatian” wanita tersebut, namun diarahkan supaya pulang, sebelum ibunya memberikan wang $2 (RM8.15, berdasarkan nilai mata wang terkini).

Bagaimanapun, tertuduh mendakwa pada tahun 2013 ketika sambutan hari lahirnya, ibunya telah meminta supaya tertuduh tinggal bersamanya.

Perbicaraan ditangguh dan disambung semula pada 7 September.


- mD


EmoticonEmoticon