jobs from my.neuvoo.com

15 Julai, 2016

Model Cuba Malukan Wanita Dengan Muat Naik Foto Bogel


Seorang model Playboy telah dikecam di media sosial selepas dia memalukan seorang wanita yang berbogel di sebuah gym dengan berkongsi gambar wanita terbabit di dalam Snapcat.

Dani Mathers, 29, dari Los Angeles, berkongsi gambar berkenaan dengan muka dan tangannya ditutup, seolah-olah mempersendakan badan wanita terbabit.

Ketika itu, wanita tersebut tidak mengetahui gambarnya dirakamkan.

Susulan itu, ramai yang memarahi Dani kerana memalukan wanita terbabit dan mereka mahu dia memohon maaf kepadanya.

Dani, yang dinobatkan Playmate Of The Year 2015, dengan segera memadamkan gambar terbabit dan memohon maaf atas tindakannya itu.

Model berkenaan yang mempunyai 553,000 pengikut dalam Instagram dan lebih satu juta peminat dalam Facebook, dipercayai merakamkan gambar tersebut ketika dia berada di gym di LA Fitness Universal City.

“Saya ingin mengakui bahawa gambar itu dimuatnaik secara tidak sengaja.

“Ia adalah salah dan saya tidak bermaksud untuk melakukannya.

“Saya memilih untuk melakukan apa yang saya lakukan untuk hidup kerana saya suka badan wanita dan saya tahu, memalukan badan seseorang adalah salah dan saya bukan jenis orang seperti itu,” katanya.

Dani menjadi terkenal selepas dinamakan sebagai Miss January 2013 untuk majalah Playboy dan sejak itu dia terlibat dalam bidang pengiklanan.


EmoticonEmoticon