jobs from my.neuvoo.com

25 Julai, 2016

Suspek kes rogol ditahan di hospital

Gambar hiasan
BATU PAHAT 25 Julai - Seorang pemuda berusia 22 tahun yang disyaki terlibat dalam kes rogol seorang wanita warga asing semalam diberkas di wad Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini awal pagi tadi.

Suspek yang sedang mendapatkan rawatan akibat cedera ditikam dalam kejadian itu ditahan polis pada pukul 1.45 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa yang mengesahkan penahanan itu berkata, kejadian rogol itu berlaku kira-kira pukul 2 petang semalam di sebuah asrama pekerja di sini.

“Suspek warga tempatan cedera di bahagian belakang badan ketika bergelut dengan suami dan adik lelaki mangsa yang kebetulan pulang ke asrama ketika kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian berkenaan, wanita Vietnam berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai ditarik suspek ke dalam sebuah bilik di asrama itu sebelum merogol mangsa.

- UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon