14 Julai, 2016

Tun M Umum Pakatan Pembangkang Baharu

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penubuhan satu pakatan baharu dianggotai parti politik pembangkang. Dr Mahathir berkata, pakatan berkenaan yang disertai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara sebagai parti komponen, serta mereka yang menentang kerajaan akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Katanya, pakatan itu yang masih belum mempunyai nama khusus akan bergerak sebagai badan tertinggi untuk menyusun usaha dari sekarang sehingga PRU-14.

"Kita mahu mendedahkan segala penyelewengan BN dan membentuk kerajaan baharu bagi negara kita. "Kita juga memutuskan untuk mengenepikan sebarang perbezaan antara parti komponen dan menumpukan kepada mencapai kemenangan," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat kira-kira dua jam di sini hari ini.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama parti pembangkang bagi membincangkan penubuhan parti baharu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini. Turut bersama Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (kanan) dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri). - Foto Mohd Fadli Hamzah

Turut hadir ialah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. Mengenai penubuhan parti baharu, Dr Mahathir berkata, ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/173571?m=1


EmoticonEmoticon