jobs from my.neuvoo.com

30 Ogos, 2016

"Bank In Bagus, Cash Tak Ada Bukti" Rakaman Bapa ADUN DAP Terlibat Skandal Rasuah Perumahan Rakyat Tersebar

KUALA LUMPUR: Sebuah rakaman video memaparkan Lim Keat Seong - bapa kepada ADUN DAP Lim Siew Khim - dimarahi beberapa individu dipercayai wakil pembeli unit perumahan rakyat kos rendah di Pulau Pinang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Keat Song (kiri sekali) digelar 'Uncle Lim' didalam video itu dilihat duduk semeja bersama seorang lelaki (berbaju biru -tengah) dipercayai wakil dirinya diasak sekurang-kurangnya dua individu yang menjadi mangsa penipuan pembelian unit perumahan rakyat di Sungai Pinang.

Menurut catitan didalam video berdurasi 5.21 minit berkenaan, individu pertama (berbaju hitam) mewakili 7 mangsa lain manakala seorang lagi (berbaju putih) mewakili 2 mangsa telah memberi sejumlah wang kepada bapa ADUN DAP berkenaan bagi memiliki unit kediaman rakyat negeri tersebut.

Kedua-dua mangsa didalam video berkenaan menuntut semula wang yang pernah diberikan kepada Keat Seong selepas pembeli-pembeli lain mula menuntut kediaman mereka sungguhpun projek berkenaan sudah siap dibina.

Individu yang mewakili Keat Seong didalam video tersebut berjanji akan membayar semula wang berkenaan secara ansuran iaitu dengan kadar RM250 bagi tempoh sembilan bulan dan RM390 untuk bulan ke-10.

"Jumlah keseluruhan RM2,640. Betul. Betul. Maka (bulan ke-10) RM390 baru betul. Ok kes ini tutup," kata lelaki wakil kepada Keat Song.

"I ada cara, boleh bank in, ada slip. Bank in bagus, cash tak ada bukti," katanya lagi.
Video berkenaan kemudiannya menunjukkan mangsa memarahi Keat Seong yang sebelum ini berjanji anaknya akan mendirikan

"Semua orang tanya I, rumah sudah siap, tapi mana unit kami?... sampai akhir satu pun tak ada.

"Sebelum memohon, U cakap semua OK," kata mangsa berkenaan.

"U juga cakap kawasan YB Lim (Siew Khim) akan dirikan banyak rumah. Ada tak? Malah u cakap mahu dirikan 9,000 unit rumah.

"U tunjuk gambar kata U ada hubungan baik dengan ramai pegawai dan orang besar di Pulau Pinang," kata individu berkenaan lagi.

Dalam pada itu, Siew Khim dipetik dari Free Malaysia Today mengakui indivdu didalam video terbabit merupakan bapanya namun menegaskan bapanya itu tidak mempengaruhi tugas dan keputusannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Beliau kemudiannya mendakwa penyebaran video tersebut merupakan agenda kotor parti Gerakan untuk memburukkan namanya di DUN Sungai Pinang ekoran parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mahu bertanding di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Saya nasihatkan kepada mana-mana mangsa untuk membuat laporan polissekiranya ada cubaan meminta rasuah bagi membantu mendapatkan perumahan kerajaan dan menggesa polis menyiasat perkara ini.

"Saya ingin mengulangi bahawa saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," kata ADUN DAP berkenaan.

- Malaysian Digest


EmoticonEmoticon