jobs from my.neuvoo.com

13 Ogos, 2016

Bapa Emma Maembong ditetak penyamun

Bapa kepada pelakon comel Emma Maembong iaitu Ismael Maembong cedera ditetak di kepala dan tangan oleh penyamun semasa diragut di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) petang semalam (Khamis).

Timbalan Ketua Polid Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Majinji mengatakan berdasarkan siasatan awal, kedua - dua suspek terbabit berkulit gelap masuk ke dalam kawasan berkenaan sekitar 5.15 petang.

Pihak polis sedang berusaha mendapatkan maklumat penuh daripada mangsa yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan kecederaan yang dialaminya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun serta mendatangkan kecederaan,” katanya. Malah pihak polis juga mengalukan saksi kejadian yang mempunyai maklumat tampil untuk membantu siasatan. - BH Online.


EmoticonEmoticon