22 Ogos, 2016

Padah gatal mersba

NANJING - CHINA. Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sengaja menempah padah apabila cuba meraba beberapa gadis di tengah kesibukan stesen kereta api Xinjiekou di daerah tersebut.

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, perbuatannya itu telah berjaya dirakam oleh seorang pengguna di stesen tersebut.

Menerusi gambar yang diviralkan, remaja itu dilihat cuba menyentuh beberapa bahagian tubuh sekurang-kurangnya lima gadis di stesen itu.

Pengguna tersebut yang tidak dinamakan memuatnaik gambar dan video kelakuan buruk remaja tersebut menerusi media sosial, yang mana ia kemudiannya mengundang kemarahan dan kritikan netizen.

Beberapa hari kemudian, pihak berkuasa memaklumkan remaja tersebut telah ditahan berikutan insiden tersebut.

Difahamkan, remaja itu diserahkan ke balai polis untuk tindakan lanjut oleh bapanya sendiri.


EmoticonEmoticon