jobs from my.neuvoo.com

21 September, 2016

'Bukan gambar bogel saya'

PETALING JAYA 20 Sept. - Aktres kelahiran Singapura, Atikah Suhaime, 25, menafikan pembabitan dirinya dalam sekeping gambar bogel yang tersebar meluas di Internet baru-baru ini.

Malah pelakon siri Si Kolot Suamiku itu turut mengakui bahawa tidak pernah melihat langsung akan gambar berkenaan yang juga dikaitkan dengan seorang pelakon lelaki, Idris Khan.

"Apa yang boleh saya katakan, wanita dalam gambar itu bukan saya. Biarlah pihak pengurusan menyiasat akan hal ini.

"Saya pun tidak pernah melihat gambar itu, cuma ibu saya sahaja yang tengok. Ibu hanya menasihati supaya saya bersabar dengan dakwaan itu," katanya kepada Utusan Online.

Atikah berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pratonton filem Volkswagen Kuning, terbitan MIG di Mutiara Damansara, di sini hari ini.

Terdahulu, satu daripada tiga keping gambar yang memperlihatkan seorang lelaki dan seorang wanita mirip kedua-dua pelakon itu sedang bermesraan dalam keadaan bogel di atas sebuah katil mula menjadi bualan ramai setelah disebarkan minggu lalu.

Penyebaran gambar tersebut juga dipercayai ada kaitan dengan kewujudan sebuah klip video aksi lucah mereka berdua bersama seorang lagi pelakon, Ammar Alfian. - UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon