jobs from my.neuvoo.com

15 September, 2016

Ibu Mengaku ‘Dapatkan’ Lelaki Untuk Rogol Anak

LOS ANGELES: Seorang wanita yang menghadapi tuduhan pembunuhan kejam membabitkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun bulan lalu mengaku ‘mendapatkan’ lelaki untuk merogol kanak-kanak terbabit, sebelum mangsa dipotong beberapa bahagian di apartmen mereka di sini.

Michelle Martens, 35, memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia telah mendapatkan lelaki dalam talian dan di tempat kerja bagi merogol anak perempuannya, lapor Albuquerque Journal, dipetik AFP hari ini.

Laporan tersebut menyebut, Martens telah mengatur pertemuan dengan sekurang-kurangnya tiga orang lelaki, di mana salah seorang daripada mereka adalah rakan sekerja dan dua lagi ditemui secara dalam talian termasuk teman lelakinya, Fabian Gonzales, 31.

Menurut polis, mangsa, Victoria Martens, ditemui beberapa jam sebelum majlis sambutan hari jadinya yang ke-10 dalam apartmen ibunya yang terletak di barat New Mexico, pada bulan ogos.

Victoria telah disuntik dengan methamphetamine, diserang secara seksual, dicekik dan ditikam sebelum tubuhnya dipotong.

Martens bersama teman lelakinya, Gonzales serta sepupu lelaki berkenaan, Jessica Kelley, 31, berdepan tuduhan mendera mangsa hingga menyebabkan kematiannya, menculik serta melupuskan bukti, lapor AFP.

Akhbar tersebut yang memetik waran berkaitan kes itu sebagai berkata, Martens memberitahu polis bahawa dia mendapatkan lelaki tersebut untuk merogol anak perempuan bukan kerana wang, sebaliknya kerana dia ‘seronok menonton’.

Martens juga dilaporkan terfikir untuk menawarkan adik Victoria yang lebih muda untuk seks.

"Pembunuhan ini adalah perbuatan yang paling ngeri (dan) jahat yang pernah saya lihat sepanjang kerjaya saya," kata Ketua Polis Albuquerque, Gorden Eden dipetik sebagai berkata.

- mD


EmoticonEmoticon