jobs from my.neuvoo.com

01 September, 2016

Wanita di Klang sah dijangkiti virus Zika, kes pertama di Malaysia - Dr Subramaniam

Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita
yang baru pulang dari Singapura sebagai
kes pertama jangkitan virus Zika di Malaysia.
-Gambar fail
KLANG: Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor sebagai mangsa pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata wanita berkenaan telah mengunjungi anak perempuannya di Singapura pada 19 Ogos dan pulang ke tanah air dua hari kemudian.

Bercakap pada satu sidang media di sini, beliau berkata selepas seminggu, wanita berkenaan dilaporkan mulai demam dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan.

Menurutnya, ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya mengesahkan dia dijangkiti virus tersebut.

Bagaimanapun, ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura didapati negatif.

Katanya, anak wanita berkenaan di Singapura disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos lalu oleh pihak berkuasa kesihatan Singapura.

Katanya lagi, kementerian akan melaksanakan kawalan vektor nyamuk Aedes di kawasan perumahan wanita itu di Taman Botanik, Klang.

Tambahnya, kementerian tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengeluarkan nasihat perjalanan (travel advisory) kepada rakyat Malaysia ke negara-negara yang dilanda kes Zika seperti Singapura. Ini kerana terdapat lebih 200,000 warga Malaysia yang sedang bekerja di negara itu.


EmoticonEmoticon