jobs from my.neuvoo.com

02 Oktober, 2016

Aksi maksiat 'ganas' si jelita

Melaka: Lelaki tetap lelaki dan walaupun berpakaian wanita sekalipun, kudratnya tetap lelaki sejati.

Itulah perihalnya apabila seorang pondan yang berdepan detik cemas dicekup penguat kuasa bertukar ganas sehingga membahayakan individu yang cuba menahannya.

Dalam kejadian jam 10 malam, kelmarin, lelaki terbabit berusia 35 tahun yang berlagak wanita berpakaian seksi serta bertumit tinggi dan dipercayai sedang mencari pelanggan di Jalan Tun Ali, tidak menyedari kehadiran penguat kuasa.

Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Rahimin Bani berkata, lelaki berpakaian wanita terbabit bertindak ganas apabila dicekup dan cuba mengelak daripada ditahan.

“Perwatakannya seperti wanita cantik, namun apabila dicekup, dia meronta-ronta melawan dan bertindak menumbuk dada seorang anggota penguat kuasa serta meminta dilepaskan.

“Dia juga mengaku gila, namun apabila diminta menyerahkan dokumen perubatan, lelaki terbabit gagal membuktikannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.


EmoticonEmoticon