jobs from my.neuvoo.com

05 Oktober, 2016

Anak tidur kerusi depan, mak ayah lakukan seks dikerusi belakang kereta

NIAT seorang anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di sebuah lebuhraya di Shanghai-Chengdu di Chongqing, China untuk memeriksa sebuah kenderaan yang diletakkan di laluan kecemasan nyata memberi ‘kejutan’ besar buatnya.

Dalam kejadian sekitar jam 1 tengah hari, 1 Oktober lalu, anggota polis tersebut yang curiga melihat sebuah kenderaan yang ditutup dengan sehelai kain, berhenti untuk memeriksa kenderaan berkenaan sebelum terkejut apabila mendapati sepasang suami isteri sedang melakukan seks di tempat duduk belakang, lapor portal Shanghaiist.

Anggota polis itu yang pada mulanya menyangka kenderaan tersebut mengalami kerosakan berhenti berhampiran kereta itu lalu membuka kain penutup, sebelum melihat seorang kanak-kanak perempuan sedang lena di tempat duduk hadapan.

Namun, lebih mengejutkan anggota polis tersebut adalah apabila melihat pasangan suami isteri yang duduk di tempat duduk belakang itu dalam keadaan berbogel sedang melepaskan nafsu mereka.

Terkejut dengan insiden tersebut, anggota polis itu meminta pasangan terbabit supaya memakai pakaian mereka sebelum mereka memberi penjelasan mengenai aksi tidak senonoh mereka itu.

Pasangan suami isteri itu mendakwa mereka dalam perjalanan ke sebuah gunung untuk bercuti sempena sambutan Hari Kebangsaan negaranya, lapor portal Shanghaiist lagi.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, anak perempuan mereka mengadu mengantuk lalu mereka berhenti di lorong kecemasan itu.

Jelas pasangan terbabit, tujuan mereka menutup kenderaan dengan kain adalah supaya anaknya dapat tidur dengan lena, namun tidak menyangka sebaliknya berlaku.

Katanya, sebaik sahaja anak perempuannya terlena, mereka yang duduk di tempat duduk belakang tidak dapat mengawal nafsu masing-masing.

Akibat tindakan tidak senonoh pasangan itu yang melakukan seks di tempat awam, mereka telah ‘disekolahkan’ oleh anggota polis terbabit kerana menyalahgunakan lorong kecemasan.

- mD


EmoticonEmoticon