jobs from my.neuvoo.com

24 Oktober, 2016

Bapa rogol, tawar tubuh anak angkat RM120 sekali 'servis'

PUTRAJAYA 21 Okt. – Mah­kamah Rayuan hari ini diberitahu, seorang lelaki sanggup mengajar anak angkatnya yang masih di bawah umur menjadi pelacur dengan bayaran RM120 serta memperkenalkannya kepada rakan-rakan yang berhajat mendapatkan khidmat seks daripada mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurshafini Mustafha berkata, lelaki berusia 54 tahun itu turut mengambil kesempatan terhadap gadis tersebut dengan merogol mangsa sehingga melahirkan dua anak.
Malah, pendakwa raya berhujah, gadis itu hadir memberi keterangan di Mahkamah Sesyen dalam keadaan baru berpantang selama 12 hari selepas melahirkan anak kedua.

Hujah Nurshafini, lelaki berkenaan (namanya dirahsiakan oleh mahkamah) turut menghantar mangsa ke rumah perlindungan ketika gadis itu sedang mengandung sehingga bersalin.

Sehubungan itu, pendakwa raya berhujah agar rayuan akhir lelaki tempang itu bagi meringankan hukuman penjara 27 tahun dan sebatan 12 kali kerana merogol mangsa, ditolak.




EmoticonEmoticon