jobs from my.neuvoo.com

12 Oktober, 2016

Hamil anak 'suami' berusia 13 tahun

Malang bagi seorang remaja perempuan berusia 19 tahun apabila dia berdepan hukuman penjara kerana mengahwini dan mengadakan hubungan seks dengan 'suaminya' yang baharu berusia 13 tahun di Rusia, baru-baru ini.

Menurut Mirror.com, remaja terbabit yang dikenali sebagai Bilana B berdepan tuduhan dan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun bagi kesalahan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur 14 tahun.

Meskipun pasangan muda itu mengatakan bahawa perkahwinan mereka adalah normal dan mengikut adat, namun pihak polis telah melancarkan siasatan jenayah kerana hubungan tersebut melanggar undang-undang Rusia.

Lebih mengejutkan, Bilana baharu sahaja melahirkan anak pertamanya hasil perkongsian hidup dengan kanak-kanak bawah umur itu.

Dalam temubual bersama media Rusia, budak lelaki itu menjelaskan bahawa hubungan cinta mereka berputik selepas dia mendapat nombor telefon Bilana daripada saudaranya.

Mereka saling berhubung menerusi telefon sebelum kanak-kanak terbabit berjaya memujuk Bilana untuk lari dari rumah ibu bapanya dan mereka melangsungkan ‘perkahwinan’. Budak lelaki itu berhenti sekolah untuk menyara keluarganya.

“Kami bercakap di telefon kurang daripada dua minggu dan apabila saya pergi ke tempatnya, dia mengikut saya,’’ kata budak lelaki terbabit, yang mendakwa dia terpaksa memujuk datuknya supaya memandu kenderaan ketika pergi berjumpa dengan Bilana.

Sejak dari itu, pasangan muda itu tinggal bersama dengan datuk dan nenek budak lelaki terbabit.

Sementara nenek budak lelaki itu berkata, mengikut adat, dia tidak boleh menghalau dan menghalang hubungan Bilana dan cucunya.

“Mereka tidak mengadakan perkahwinan sebenar, ia amat ringkas. Kami tidak mempunyai wang. Apa yang dilakukan ialah mereka membawa beberapa botol minuman keras,’’ katanya.

Manakala Bilana berkata, suaminya itu kini bekerja untuk menyara keluarga mereka.

- mD


EmoticonEmoticon