jobs from my.neuvoo.com

15 Oktober, 2016

'Maksiat' dalam surau, wanita dipenjara sebulan

Kuala Lumpur: Seorang wanita yang bekerja dalam bidang pengurusan acara, dipenjara sebulan dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri dalam tempat ibadat.

Majistret Umzarul An-Nur Umar menjatuhi hukuman itu terhadap Siti Amira Abdullah, 22, selepas dia mengaku bersalah dan mahkamah turut memerintahkan dia dipenjara lima hari jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa mencuri sebuah beg tangan dengan anggaran kerugian RM850 di Surau Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, pada 6.30 petang, 20 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda manakala bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian, dipenjara dan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, pengadu Nor Syafiqa Rushdan, 18, yang bekerja sebagai pelayan restoran yang ke surau di tingkat 2, Quill City Mall, mendapati beg tangan diletak di belakang ketika solat Asar, hilang.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah menjatuhi hukuman berbentuk pengajaran memandangkan tertuduh mempunyai rekod lampau kesalahan yang sama dan mencuri dalam surau.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman diringankan.


EmoticonEmoticon