04 Oktober, 2016

Pelajar Dirakam Bercium, Meraba Di Tangga

DUA pelajar sekolah ditangkap melakukan aksi lucah di tangga sebuah blok di Pasir Ris Street 52, Singapura pada Rabu lalu.

Stomp melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 6.15 petang itu, pelajar lelaki dan perempuan terbabit dikatakan melalukan aksi tidak senonoh itu selama 45 minit, yang mana kedua-duanya lengkap memakai pakaian sekolah.

Menurut sumber kepada portal tersebut, pasangan remaja terbabit dirakam sedang asyik memuaskan nafsu, dimana pelajar lelaki itu kelihatan mencium, memasukkan tangan ke dalam baju serta bawah skirt gadis tersebut, selain didakwa terdapat tompokan darah.
Sumber turut mengirimkan dua rakaman video membabitkan aksi remaja terbabit kepada Stomp, namun video tersebut tidak didedahkan bagi menjaga privasi.

Bagaimanapun, menurut sumber, kedua remaja yang tidak didedahkan identiti itu telah ditangkap.

"Saya ingin menegaskan bahawa dua pelajar telah ditangkap melakukan perbuatan seksual.

"Selepas itu (meraba), terdapat darah di lantai,” kata sumber kepada Stomp.

- mD


EmoticonEmoticon