jobs from my.neuvoo.com

08 November, 2016

Kenyataan Nora Danish dalam Utusan Malaysia dimanipulasi

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Pelakon Nora Danish tidak pernah membuat sebarang kenyataan meminta supaya kerajaan menghapuskan bayaran cukai buat golongan selebriti dan artis.

Sebaliknya, seperti disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini (http://bit.ly/2eEEgIK), Nora meminta pengecualian diberikan kepada artis dalam bab berkaitan imej dan penampilan diri.
"Bukan apa, dalam waktu sekarang, kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri. Jadi ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja bagi kami.

"Kalau boleh, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pertimbangkan hal-hal sebegitu, ia akan lebih baik buat kami para artis dan selebriti lain yang amat bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul berhadapan khalayak," katanya seperti ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia.
Ternyata permintaan Nora bukannya penghapusan secara terus bayaran cukai sebaliknya sedikit pelepasan atas faktor kerjaya artis yang sentiasa perlu dilihat menarik dalam berpenampilan.

Kenyataan Nora yang ditulis oleh Utusan Malaysia dan disiarkan di ruangan HITS hari ini berbeza sama sekali dengan tajuk laporan yang dikeluarkan oleh oleh sebuah portal media, yang memberitahu Nora meminta supaya artis dilepas cukai untuk tampil menarik.

Laporan yang dipetik secara salah itu seterusnya disebarkan oleh beberapa portal hiburan lain sehingga menyebabkan kekeliruan.

Ekoran tindakan itu, Nora Danish teruk dikritik oleh netizen yang tidak membuat rujukan kepada berita asal yang disiarkan oleh Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE



EmoticonEmoticon