jobs from my.neuvoo.com

05 November, 2016

Pasangan maut akibat zakar terlalu besar ketika bersetubuh

KEGHAIRAHAN seorang lelaki di Nigeria menelan ubat kuat bagi membesarkan alat sulitnya mengundang padah apabila kekasihnya meninggal dunia akibat pendarahan ketika melakukan seks.

Suspek, Fatai Busari, 50, dituduh menyebabkan kematian pasangannya, Saadiyat Adejuwon, 48 di bandar barat daya ibadan dalam kejadian di rumahnya sekitar pukul 3 petang, 10 Oktober lalu, lapor Mail Online.

Pihak pendakwa raya memberitahu mahkamah, Fatai, seorang tukang sapu telah mengambil sejenis herba aphrodisiac untuk membesarkan kemaluannya sebelum dia dan kekasihnya, yang juga seorang tukang sapu melakukan hubungan seks.

Akibatnya, Sadiat mengalami pendarahan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Memetik kenyataan pendakwa raya, Koperal. Salewa Hammed ketika memberitahu mahkamah, perbuatan Fatai menyalahi undang-undang kerana menyebabkan kematian dan suspek berdepan hukuman gantung jika didapati bersalah, lapor portal antarabangsa.

Katanya, pada hari kejadian Fatai telah minum ubat yang dihasilkan daripada herba sebelum meniduri Sadiat.

“Tidak lama kemudian barulah Fatai menyedari ada yang tidak kena apabila darah mengalir keluar daripada kemaluan Sadiat.

“Wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya Hammed.

Fatai telah ditahan dan perbuatannya merupakan satu pelanggaran di bawah seksyen 316 dan boleh dihukum mengikut seksyen 319 Kanun Jenayah Cap 38, Vol. II, Undang-Undang Oyo State, 2000.

Fatai dipenjara di Agodi sebelum menunggu perbicaraan pada 30 Nevember ini.

- mD


EmoticonEmoticon