jobs from my.neuvoo.com

18 Januari, 2017

6 Tips Jika Anak Kecil Terkena Sawan


Sawan demam adalah sawan yang berlaku ketika demam. Ia boleh berlaku daripada umur enam bulan hingga enam tahun tapi lazimnya banyak berlaku pada peringkat umur 12 hingga 18 bulan.

Walaupun sawan yang berlaku amat menakutkan tetapi selalunya sawan jenis ini tidak berlaku dalam tempoh lama dan berhenti dengan sendiri. Ia nya tidak juga meninggalkan apa-apa kesan sampingan seperti kerosakan kepada otak .

Punca sawan demam ini tidak diketahui. Ada yang mengaitkannya dengan beberapa jenis virus.

Ada juga pendapat kematangan pada otak mungkin penyebab. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga sawan demam ini lebih berisiko berbanding dengan yang tiada.

Tetapi penting untuk memahami bahawa sawan demam ini bukan penyakit sawan dan lazimnya tidak berulang selepas mencecah umur lima dan enam tahun. Bila berlakunya sawan demam, ibu bapa dan penjaga berikut antara langkah yang harus di ambil:

1. Berada dalam keadaan bertenang dan berfokus.

2. Pasti kan kanak-kanak itu berada dalam tempat yang selamat tidak boleh terjatuh atau terhentak benda.

3. Posisi mengereng dengan muka ke tepi supaya bendalir dari mulut atau muntah tidak mengganggu pernafasan dan membuat kanak-kanak tersedak.

4. Biasanya sawan jenis ini tidak lama mungkin berlangsung selama tiga hingga lima minit dan jarang sekali sehingga 15 minit.

5. Selepas sawan berhenti biasanya kanak-kanak ini akan kelihatan seperti mengantuk dan mungkin tertidur seketika. Mereka selalunya akan kembali aktif dan cergas seperti biasa.

6. Ibu bapa yang melalui sawan demam ini buat kali pertama harus mendapatkan nasihat dan pendapat pakar mengenai hal ini.


Sumber: Pa&Ma



EmoticonEmoticon