jobs from my.neuvoo.com

25 Januari, 2017

Gadis 17 tahun biar tubuh 'diratah' lima lelaki untuk bekalan dadah kekasih di Sg. Petani

Gambar hiasan
Sungai Petani: Seorang gadis sanggup membiarkan tubuhnya 'diratah' lima lelaki semata-mata untuk mendapatkan bekalan dadah bagi teman lelakinya.

Gadis berusia 17 tahun dari Kampung Paya Jenun, Pendang, dikatakan lari dari rumahnya 18 Januari lalu dan satu laporan polis dibuat oleh bapanya berusia 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, bapa mangsa bersama empat sepupunya pergi ke rumah di Gurun, selepas mengetahui anaknya berada di situ hasil maklumat awam.

Mangsa kemudiannya ditemui oleh keluarganya di rumah itu kira-kira 3 pagi Ahad lalu dan mendakwa dirogol enam lelaki.

"Ketika dalam perjalanan ke Balai Polis Gurun, mangsa mendakwa dia dirogol enam lelaki, tiga daripadanya dikenali," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, hasil siasatan awal mangsa mengaku melakukan hubungan seks lebih 10 kali dengan teman lelaki secara sukarela.

"Mangsa juga menceritakan dia melakukan seks bersama lima rakan teman lelakinya kerana kasihan dia tidak mempunyai wang untuk membeli dadah.

"Mangsa sanggup melakukan seks semata-mata untuk mendapatkan dadah untuk teman lelaki secara sukarela," katanya.

Md Zukir berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan kesihatan.

"Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

1 comments so far

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [4612] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.


EmoticonEmoticon