16 Januari, 2017

Gempa di Sumatera, penduduk di P. Pinang rasai gegaran

PULAU PINANG 16 Jan. - Beberapa kawasan di negeri ini dilaporkan turut merasai gegaran selama beberapa saat ekoran gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia.
Penduduk P. Pinang turut rasai gegaran

Gegaran itu dilaporkan dialami penduduk di beberapa pangsapuri di Jelutong dan Nibong Tebal kira-kira pukul 8.50 minit malam tadi.

Bagaimanapun setakat kini, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri tidak menerima sebarang laporan kecemasan daripada orang ramai berhubung kejadian itu.

Menurut laporan agensi antarabangsa, gempa dengan magnitud 5.5 pada skala Richter dan pada kedalaman 10km dilaporkan melanda Sumatera kira-kira pukul 8.42 malam tadi.

Gempa itu disahkan Jabatan Meterologi Malaysia menerusi kenyataan di laman Facebooknya sebentar tadi.


EmoticonEmoticon