jobs from my.neuvoo.com

18 Januari, 2017

Tips untuk dapat anak kembar oleh Dr Hamid Arsat


Melihat pasangan lain memperoleh anak kembar pun dah cukup seronok apatah lagi kalau kita sendiri memilikinya. Tapi tak semua ibu beroleh rezeki ini. Selalunya hanya mereka yang ada latar belakang keluarga kembar memiliki peluang untuk mendapat dua atau tiga anak sekali gus.

Namun setelah membaca perkongsian daripada pakar sakit puan terkenal Dr. Hamid Arshat rasanya mungkin ada sebahagian daripada kita boleh cuba merancang untuk memperoleh anak kembar. Beliau menyenaraikan lapan golongan yang berpeluang cerah untuk memperoleh anak kembar.

1. Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1-4 %. Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi iaitu 4%, orang Amerika dan Eropah3 % tapi orang asia termasuk orang Malaysia terendah 1 - 2 % sahaja.

2. Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga sebelah ibu, ia akan menjadikan peluang hamil kembar meningkat empat kali ganda.

3. Mereka yang telah melahirkan empat anak atau lebih berpeluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada usia 40 tahun ke atas.

4. Mereka yang mempunyai tahap kesihatan terbaik, mengambil makanan berzat, mengamalkan pengambilan supplemen vitamin dan folik asid juga lebih berpeluang untuk hamil anak kembar.

5. Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin 'insulin like growth factor' (IGF) yg dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.

6. Masyarakat asli Afrika yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar empat kali ganda dari orang lain.

7. Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Oleh itu wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 - 10 %. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam lingkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar empat atau lebih dan punya risiko tinggi untuk gugur.

8. Mereka yang menjalani kaedah rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.

Tahniah kepada anda yang kini hamil anak kembar. Buat mereka yang dalam kategori di atas ada punyai peluang juga. Jangan henti mencuba, mana tahu ada rezeki.

Sumber: https://www.facebook.com/hamidarshat



EmoticonEmoticon