jobs from my.neuvoo.com

28 Februari, 2017

Jenazah Ary Malik dikebumi malam ini

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Jenazah Allahyarham Ary Malik, 46, atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik dijangka dikebumikan di Taman Ibu Kota, Gombak pada malam ini.

Sumber keluarga Allahyarham memberitahu, jenazah pengacara dan pelakon berkenaan sebelum itu akan dibawa ke Masjid Kem Wardieburn di sini untuk dimandi dan dikafankan.

Allahyarham Ary menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.17 malam di Hospital Ampang akibat kanser ovari di sisi suami, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, dan tiga orang anaknya, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Pada era 1990-an, Ary dikenali ramai menerusi program hiburan popular iaitu MTV serta Muzik-Muzik. Allahyarham juga pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir.

Ary juga merupakan kakak kepada penyanyi Min Malik yang suatu masa dahulu pernah popular dengan lagu Flora Cinta. - UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon