jobs from my.neuvoo.com

28 Februari, 2017

Pelakon & Pengacara Ary Malik meninggal dunia

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Pelakon dan pengacara, Ary Malik, 46, atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik meninggal dunia kira-kira pukul 7.17 malam tadi.

Beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat yang dihidapinya.

Menurut rakan baik keluarganya yang dikenali sebagai Sam, Ary menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, dan tiga orang anaknya, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Penyakit Ary mula dikesan sejak setahun lalu dan sudah menjalani pembedahan pada bulan Mei lepas di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju, di sini.

Ary dimasukkan ke Hospital Ampang pada minggu lalu selepas Shahrul Nizam mendapati keadaaan kesihatan isterinya semakin lemah dan tidak stabil serta tidak sedarkan diri setelah dua hari berada di dalam wad.

Pada era 1990-an, Ary dikenali dek kepetahannya mengacarakan program hiburan popular iaitu MTV serta Muzik-Muzik. Dia juga pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir. - UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon