jobs from my.neuvoo.com

15 Februari, 2017

Setubuhi anak tiri, lelaki bakal 'mereput' dalam penjara

KUCHING: Gara-gara nafsu rakus hingga menjadikan anak tirinya sendiri sebagai hamba seks, seorang lelaki bakal “menghabis sisa usia tuanya” di penjara setelah dijatuhi hukuman terkumpul penjara 98 tahun dan 45 kali sebatan.

Hukuman terhadap lelaki yang juga penjawat awam berusia 54 tahun ini dilaksanakan berasingan setelah dia mengaku salah terhadap lima pertuduhan, sementara dua pertuduhan lain minta dibicarakan.

Hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan pada hari semalam dijatuhkan di Mahkamah Sesyen oleh Hakim Timothy Finlayson Joel manakala pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yong Ann Nie.


Pada minggu lalu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan untuk pengakuan bersalahnya terhadap satu pertuduhan terhadap individu yang sama.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dikatakan melakukan inses dengan merogol anak tirinya yang berusia 17 tahun di kuarters kerajaan yang didiami mereka di Jalan Batu Lintang, dekat sini, sekitar jam 10 pagi, 3 Januari lalu.

Pada 25 Januari lalu, di mahkamah yang berlainan, Hakim Afidah Abdul Rahman menjatuhi hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan kepadanya atas pertuduhan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang tidak diwakili itu secara keseluruhan berhadapan tujuh pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya, sejak Januari 2015.

Bagaimanapun kerakusannya meratah anak sendiri berjaya dikesan dan disedari oleh kakak mangsa, yang kemudian membuat laporan polis, sebelum dicekup pada 13 Januari lalu.

Mangsa dikatakan diugut oleh tertuduh agar tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa pun.

Dalam Mahkamah Sesyen minggu lalu tertuduh bertindak menukar pengakuan bersalahnya untuk dua pertuduhan awal iaitu melakukan perbuatan terkutuk itu pada 1 dan 2 Januari 2017. – Sarawakvoice


EmoticonEmoticon