jobs from my.neuvoo.com

08 Jun, 2017

Faizal Hussain mengaku perkosa janda dalam kereta

Faizal dibawa keluar dari mahkamah
Kota Bharu: Perbuatan terkutuk seorang buruh yang merogol dan merompak janda anak satu dibalas dengan hukuman penjara selama 17 tahun dan 26 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Faizal Hussain, 22, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pindaan merogol mangsa dan satu pertuduhan merompak.

Nazri memutuskan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan untuk pertuduhan pindaan pertama, penjara 17 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pindaan kedua, manakala penjara tujuh tahun dan enam sebatan untuk pertuduhan ketiga.

Beliau juga membenarkan hukuman penjara berlangsung serentak bermula tarikh ditangkap pada 15 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 33 tahun dan turut mengugut mahu membunuhnya dalam kejadian di dalam kereta jenis Proton Iswara di tempat letak kereta Bazar Tengku Anis, di sini, jam 7.40 malam, 12 Mei 2017.

Pertuduhan pindaan kedua, Faizal didakwa melakukan perbuatan dan ugutan sama di hadapan kedai makan di Kampung Banggol Badang, di sini pada jam 8.30 malam, hari yang sama.

Bagi kedua-duanya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun hingga 30 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Untuk pertuduhan ketiga, dia didakwa merompak mangsa yang sama iaitu dengan mengambil wang tunai sebanyak RM50, barang kemas dan satu telefon bimbit pintar di tepi jalan Kampung Banggol, Badang, pada jam 9.45 malam, hari sama.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh mengambil mangsa di rumahnya di Tanah Merah dan membawa wanita itu bersiar-siar di Besut, Terengganu sebelum ke kawasan letak kereta di Bazar Tengku Anis, di sini.

Tertuduh mematikan enjin kenderaan dan bertindak merogol mangsa yang cuba keluar tetapi kereta dikunci. Mangsa cuba membunyikan hon untuk meminta tolong, namun diugut akan ditembak dan tangannya digari sebelum tertuduh bertindak merogolnya pada jam 7.40 malam.

Selepas merogol, tertuduh memandu kereta ke satu kawasan di Badang dan menggari tangan mangsa ke belakang serta menutup mulut wanita itu dengan pita pelekat. Dia merogol mangsa buat kali kedua.

Lelaki itu juga merompak mangsa dan menyuruhnya menyerahkan gelang tangan dan dua bentuk cincin emas, wang tunai RM50 serta satu telefon bimbit.

Sumber: Hmetro


This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon