14 Oktober, 2018

Saleem kembali ke rahmatullah

Kuala Lumpur - Penyanyi Saleem dilaporkan telah meninggal dunia sekitar pukul 6.15 pagi tadi.

Kenyataan itu disahkan oleh anak tirinya, Iera Fakhira, 29 tahun.
loading...
“Ya, ayah telah meninggal dunia. Pihak hospital sedang menguruskan jenazah ayah sebelum disembahyangkan di Surau As Syakirin, Bandar Mahkota Cheras," katanya ringkas.

Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Penyanyi berusia 57 tahun itu sebelum ini terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu.

Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah serta beliau berada dalam keadaan koma.

Terdahulu sekitar pukul 7 pagi, salah seorang anak penyanyi yang terkenal dengan lagu Suci Dalam Debu itu, Iera memuat naik status mengenai kematian penyanyi legenda itu. - K! ONLINE


EmoticonEmoticon